Monday 21 May 2012

~ ISTIKHARAH CINTA ~



ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Tuesday 28 February 2012

Hidup Tak Selalu Indah ^_____^


Assalamualaikum w.b.t.............

Allah menjadikan setiap ciptaannya berpasangan, lelaki ngan wanita, siang ngan malam, susah adenya senang dan sebagainya. Kita sebagai hambanya perlu bersyukur dengan setiap yang terjadi. Jika kita berada dalam kesusahan, kita perlu ingat bahawa ada lagi orang yang lain lebih susah hidupnya daripada kita. Allah itu maha adil dan saksama. Ingatlah hidup ini umpama pusingan roda, jika ari nie kita di bawah, InsyaAllah esok kita berada di atas pula. Sebagai contoh Allah turunkan hujan tanpa kita sedari selepas hujan itu ada sinar pelangi yang cantik kan menanti.

        Allah turunkan hujan tanpa kita sedari selepas hujan itu ada sinar pelangi yang cantik kan menanti.


           Setelah Allah berikan kita hujan, Allah berikan kita sinar pelangi yang cantik pula, indahnya CiptaanMu Ya Allah                        
                                                  


Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.

Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu
kerana dia yang MENABAHKAN kamu.

Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu
kerana dia yg MEMUPUK kamu BERDIKARI.

Bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu.

Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu
kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu..


Ya Allah tolong sampaikan rinduku padanya..


Assalamualaikum w.b.t....

Aku saje je wat blog nie, untuk luahkan apa yang aku rasa...nak luahkan pada orang takut ada yang terasa.. Meluahkan dalam bentuk penulisan adalah cara yang paling selamat. Tak kan ade yang terasa atau berkecil hati. Hidup aku sekarang terasa sunyi sangat sejak pemergian satu-satunya abang kesayangan aku. Dia adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengambil berat akan apa sahaja yang berlaku terhadap keluarganya. Sehinggakan aku dulu amat takut untuk keluar bersama kawanku kerana dia pasti akan bertanya macam-macam. Aku sangat rapat dengannya, kerana aku merupakan anak ketiga, manakala dia anak sulong dan aku mempunyai seorang kakak. kakak aku sekolah asrama, jadi masa aku di rumah banyak bersama abang dan adik-adikku.

Walaupun abang aku seorang yang garang, tapi aku menganggapnya seorang yang tegas kerana bersebab kenapa dia macam tue. Dia cuma hendak melindungi adik-adiknya dari buat kerja yang tak berfaedah. Dia seorang yang pering dan suka membuat lawak. Sedare mara aku pun senang dengan perangainya, begitu juga dengan kawan-kawanya. Tapi apalah yang kami dapat lakukan jika masa untuk dia pergi menghadap Ilahi telah tiba..kita terpaksa redha dengan pemergiannya.

Biar aku cerita detik awal aku mendapat berita kematiannya, waktu tue aku berada di universiti di utara tanah air. sewaktu nak bersiap-siap pergi ke kelas pada ahad pagi (maklumlah utara cuti jumaat ngan sabtu) aku dapat satu panggilan daripada adikku. Dia menelefon aku dengan suara yang teresak-esak, aku tanya apa yang terjadi, dia cakap abang kemalangan. Aku seperti tak percaya, aku terus terduduk masa tue juga. Aku bertanya keadaanya, tapi adik aku xtau, adik aku suruh aku telefon kakak aku untuk memberitahu perkara tersebut. Dalam tangisan aku gagahkan diri untuk telefon kakakku yang berada di rumah mertuanya,.aku mula hilang semangat untuk pergi ke kelas, dalam fikiran aku sekarang cuma nak balik rumah je. Tetiba telefon aku bunyi wat kali kedua, adikku telefon dan mengatakan satu-satunya abang yang kami ada telah meninggal dunia. Aku terus meraung dan bersiap untuk balik. Tapi pada waktu tue baru pukul 8.00 pagi, sedangkan bas hanya ada waktu malam dari utara ke selatan. Aku xnak buang masa aku ambil bas ke KL. Aku tekad dengan harapan dapat melihat jasad arwah abang aku wat kali terakhir. Ketika dalam bas pak cik ku telefon bertanya sama ada aku balik ke tak, aku mengatakan aku balik dan suruh mereka tunggu sehingga aku balik sebelum arwah abang aku dikebumikan.Tapi kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, ketika aku baru sampai Ipoh, Perak abah ku telefon dan minta izinku untuk mengebumikan abangku, kerana tak sanggup melambatkan urusan pengebumian kerana waktu tue da h petang. Aku dengan berat ati mengizinkannya, hanya Al-Fatihah yang aku mampu sedekahkan ketika tue di dalam bas.

Setibanya di KL jam menunjukkan pukul 8.00 malam dan aku terus mengambil bas menuju ke selatan, dengan harapan aku dapat bersama-sama menghadirkan diri ke kenduri arwah. Tapi perjalanan yang diperlukan mengambil masa selama 3 jam. Aku sampai ke rumah tepat jam 11 malam dengan dijemput oleh sepupuku di stesen bas. Sewaktu aku melangkah masuk ke rumah, sunyi aku rasakan, aku melihat emak, abah, kakak dan adikku serta beberapa orang mak cik ku duduk di dapur. Aku tak dapat kawal emosi aku, aku terus menangis dan terus memeluk makku. Mak cik aku yang lain cuba menenangkan aku dan minta aku sedekahnya Al-Fatihah buat dirinya. Aku masuk ke dalam bilik dengan langkah yang longlai dan menangis sepuas ati aku, aku sempat sedekahkan surah Yassin buat dirinya yang aku sayang sebelum aku tetido akibat keletihan seharian di dalam bas.

Keesokannya, selepas subuh aku bersiap-siap untuk pergi ke kubur arwah abangku, dengan ditemani akak iparku, akk aku dan adik-adikku. Sayu hati melihat kuburnya wat pertama kali. Aku redha dengan pemergianmu abang, semoga dosa-dosamu diampukan oleh Allah S.W.T dan kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin...

02 Oktober 2011 akan aku ingat tarikh nie sehingga akhir hayatku, tarikh pemergian arwah abangku yang tersayang. Abg tunggu aku di sana, aku pasti, masa aku akan tiba juga cuma lambat atau cepat hanya Allah yang maha mengetahuinya. Akan aku simpan kenangan kita bersama selama 22 tahun kita hidup bersama.. Ya Allah tolong sampaikan rinduku padanya.................................